Sunday, 24 November 2013

PANDANGAN ISLAM TERHADAP TRADISI DAN KEMODENAN


BAGAIMANAKAH Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan???
Tradisi sering dikaitkan dengan Al-Turath tetapi perkataan ini tidak boleh disama ertikan memandangankan tradisi itu memberi konotasi tentang amalan, doktrin, peribadatan dan adat kebiasaan yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi tetapi Al-Turath adalah rakaman tentang kehidupan Islam yang difahami dan dilaksanakan sejak generasi awal Islam.

Jelaslah, tradisi dan Al-Turath itu menekankan satu pegangan yang menyentuh perihal tentang kehidupan manusia sejak awal lagi tetapi tradisi itu lebih kepada amalan dan kepercayaan mitos manakala Al-Turath adalah pengajaran tentang kehidupan manusia yang membimbing manusia dalam melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan.

Islam memandang pegangan manusia terhadap Al-Turath masih rendah kerana kemasukkan pemikiran modenisasi itu mengekang pemikiran tradisi sehingga meyingkirkan hukum-hukum Allah secara tidak lansung. Kedatangan Islam membawa pencerahan kepada kehidupan manusia. Islam tidak datang secara peringkat dari kegelapan, pencerahan dan kemodenan TETAPI Islam itu wujud tanpa perlu disangkal dan memang sempurna sejak azali lagi. Islam membawa pelbagai Ilmu yang mutlak kerana agama Islam adalah agama yang diwahyukan Allah bukan seperti ilmu manusia yang bersifat relatif.  Islam agama yang menekankan Ilmu yang mewajibkan manusia menuntut ilmu tidak kira status kehidupan berbanding kehidupan manusia tradisi dahulu yang diibaratkan manusia kuno yang tidak berilmu sehingga masuk agama hindu yang hanya menekankan kepada golongan bangsawan sahaja.

Modeniti adalah satu fasa yang dibawa oleh barat yang mementingkan sains dan teknologi yang menjadi sebahagian kehidupan masyarakat yang tidak akan terpisah sehingga bawaan tradisi terhapus dan pegangan agama mula kendur kerana manusia melihat modeniti itu adalah ilmu yang membawa kepada kemajuan. Sebaliknya menyinkirkan Islam kerana melihat kemajuan material itu tidak diukur dalam Islam. Umat Islam terlalu obsess mengejar modenisasi sehingga kebergantungan itu menjadi sebahagian budaya kehidupan. Falsafah Islam itu memastikan manusia berada dilandasan yang lurus berpandukan kepada hukum Allah yang sentiasa tepat tetapi kehadiran barat telah mencermari pemikiran manusia dengan modeniti yang menjanjikan kemewahan dunia sehingga melewati batas-batas kehidupan.

Justeru itu, Islam hadir untuk mengubah kehidupan tradisi berlandaskan hukum-hukum Allah tetapi kehadiran modeniti telah membawa pembaharuan sebaliknya. Oleh itu kehidupan manusia itu perlulah diukur sebaik mungkin dan perubahan ini bergantung sepenuhnya kepada pegangan individu itu sendiri dalam memastikan jalan kehidupan yang mereka inginkan. 


Monday, 18 November 2013

OPENING ADDRESS THE WORLDVIEW OF ISLAM AN OUTLINE: Syed Muhammad Naquib Al-Attas



Weltanschaung  (pandangan dunia) terhadap Islam itu berawal dari kepercayaan kepada agama. Islam adalah agama yang sempurna sebagai panduan dan jalan menuju kesejahteraan dunia dan akhirat. Kehidupan di dunia hanya persinggahan untuk mencari keredhaan Allah kerana perjalanan hidup yang hakiki itu di Alam akhirat yang menjanjikan segala keindahan yang akan diukur kemudian kelak berdasarkan segala amalan yang dilakukan semasa di dunia. Islam berfokus kepada kehidupan akhirat yang abadi manakala kehidupan di dunia itu adalah persediaan awal sebelum menempah tempat di akhirat kelak. Islam itu bukan budaya tetapi pemikiran yang mengajurkan kepada kenyataan dan kebenaran terhadap sistem nilai yang ditetapkan dalam Al-Quran. Realiti kehidupan dan kemewahan yang dimiliki sekarang bukanlah dilabelkan sebagai waqi’iyyah  (tetap) kerana apa yang dapat diindera tidak lebih dari yang batil (palsu). Sesuatu yang haqq itu hanya ayat-ayat yang diwahyukan Allah dalam Al-Quran.


Al-Quran adalah ‘Kalam’ Allah iaitu kata-kata Allah yang telah diwahyukan kepada Rasullullah untuk disampaikan kepada sekalian manusia hari ini. Islam itu bersifat universal. Al-Quran bukan hanya diturunkan kepada orang Islam semata-mata tetapi Al-Quran diturunkan kepada manusia sejagat tidak kira status, pangkat atau agama tetapi manusia itulah yang membentuk dan memilih jalan serta pegangan hidup mereka masing-masing. Konsep Islam itu seperti apa yang termaktub di dalam Al-Quran yang membawa pengajaran dan kebenaran yang tidak dapat disangkal.




Kewujudan Tuhan mungkin berbeza-beza mengikut anutan agama masing-masing tetapi dalam agama Islam, Tuhan itu hanya Allah yang satu. Kewujudan-NYA tidak nampak tetapi umat Islam wajib mempercayai Islam dengan menyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Rasullullah adalah pesuruh Allah di muka bumi. Menyakini akan kekuasaan Allah yang tiada tandingan yang dapat mengadakan dan mentiadakan sesuatu atas kehendak-NYA. Percaya akan kitab-kitab Allah terutama Al-Quran yang menjadi panduan dalam kehidupan. Justeru itu, dapat simpulkan bahawa agama Islam adalah sesempurna agama yang membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan segajat.