Weltanschaung (pandangan
dunia) terhadap Islam itu berawal dari kepercayaan kepada agama. Islam adalah
agama yang sempurna sebagai panduan dan jalan menuju kesejahteraan dunia dan akhirat.
Kehidupan di dunia hanya persinggahan untuk mencari keredhaan Allah kerana
perjalanan hidup yang hakiki itu di Alam akhirat yang menjanjikan segala
keindahan yang akan diukur kemudian kelak berdasarkan segala amalan yang
dilakukan semasa di dunia. Islam berfokus kepada kehidupan akhirat yang abadi
manakala kehidupan di dunia itu adalah persediaan awal sebelum menempah tempat
di akhirat kelak. Islam itu bukan budaya tetapi pemikiran yang mengajurkan
kepada kenyataan dan kebenaran terhadap sistem nilai yang ditetapkan dalam
Al-Quran. Realiti kehidupan dan kemewahan yang dimiliki sekarang bukanlah
dilabelkan sebagai waqi’iyyah (tetap) kerana apa yang dapat diindera tidak
lebih dari yang batil (palsu). Sesuatu yang haqq itu hanya ayat-ayat yang diwahyukan
Allah dalam Al-Quran.
Kewujudan Tuhan mungkin berbeza-beza mengikut anutan agama masing-masing tetapi dalam agama Islam, Tuhan itu hanya Allah yang satu. Kewujudan-NYA tidak nampak tetapi umat Islam wajib mempercayai Islam dengan menyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Rasullullah adalah pesuruh Allah di muka bumi. Menyakini akan kekuasaan Allah yang tiada tandingan yang dapat mengadakan dan mentiadakan sesuatu atas kehendak-NYA. Percaya akan kitab-kitab Allah terutama Al-Quran yang menjadi panduan dalam kehidupan. Justeru itu, dapat simpulkan bahawa agama Islam adalah sesempurna agama yang membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan segajat.
.jpg)
.jpg)

Assalamualaikum, salam perkenalan. Jemput ke blog saya untuk bertukar-tukar fikiran. Saya follow blog ini ya. Terima kasih.
ReplyDelete