Monday, 18 November 2013

OPENING ADDRESS THE WORLDVIEW OF ISLAM AN OUTLINE: Syed Muhammad Naquib Al-Attas



Weltanschaung  (pandangan dunia) terhadap Islam itu berawal dari kepercayaan kepada agama. Islam adalah agama yang sempurna sebagai panduan dan jalan menuju kesejahteraan dunia dan akhirat. Kehidupan di dunia hanya persinggahan untuk mencari keredhaan Allah kerana perjalanan hidup yang hakiki itu di Alam akhirat yang menjanjikan segala keindahan yang akan diukur kemudian kelak berdasarkan segala amalan yang dilakukan semasa di dunia. Islam berfokus kepada kehidupan akhirat yang abadi manakala kehidupan di dunia itu adalah persediaan awal sebelum menempah tempat di akhirat kelak. Islam itu bukan budaya tetapi pemikiran yang mengajurkan kepada kenyataan dan kebenaran terhadap sistem nilai yang ditetapkan dalam Al-Quran. Realiti kehidupan dan kemewahan yang dimiliki sekarang bukanlah dilabelkan sebagai waqi’iyyah  (tetap) kerana apa yang dapat diindera tidak lebih dari yang batil (palsu). Sesuatu yang haqq itu hanya ayat-ayat yang diwahyukan Allah dalam Al-Quran.


Al-Quran adalah ‘Kalam’ Allah iaitu kata-kata Allah yang telah diwahyukan kepada Rasullullah untuk disampaikan kepada sekalian manusia hari ini. Islam itu bersifat universal. Al-Quran bukan hanya diturunkan kepada orang Islam semata-mata tetapi Al-Quran diturunkan kepada manusia sejagat tidak kira status, pangkat atau agama tetapi manusia itulah yang membentuk dan memilih jalan serta pegangan hidup mereka masing-masing. Konsep Islam itu seperti apa yang termaktub di dalam Al-Quran yang membawa pengajaran dan kebenaran yang tidak dapat disangkal.




Kewujudan Tuhan mungkin berbeza-beza mengikut anutan agama masing-masing tetapi dalam agama Islam, Tuhan itu hanya Allah yang satu. Kewujudan-NYA tidak nampak tetapi umat Islam wajib mempercayai Islam dengan menyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Rasullullah adalah pesuruh Allah di muka bumi. Menyakini akan kekuasaan Allah yang tiada tandingan yang dapat mengadakan dan mentiadakan sesuatu atas kehendak-NYA. Percaya akan kitab-kitab Allah terutama Al-Quran yang menjadi panduan dalam kehidupan. Justeru itu, dapat simpulkan bahawa agama Islam adalah sesempurna agama yang membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan segajat.










1 comment:

  1. Assalamualaikum, salam perkenalan. Jemput ke blog saya untuk bertukar-tukar fikiran. Saya follow blog ini ya. Terima kasih.

    ReplyDelete