Manusia dan sastera tidak akan terpisah,
keduannya saling bergabung dalam teks untuk membentuk ekspresi yang menunjang
kepada cerminan budaya. Namun begitu tidak semua teks bertolak kepada cerminan
budaya semata-mata malah begitu juga sebaliknya. Walhal
sastera itu tercipta hasil dari pengaruh persekitaran yang mendesak seorang
karyawan itu menghasilkan karya.
Sebuah teks itu boleh diinterpretasikan berdasarkan aliran dan pemikiran yang dianuti oleh karyawan itu. Teks dalam genre drama muncul dalam bentuk
skrip. Skrip inilah yang melahirkan rasa dan makna yang disampaikan oleh
dramatis menerusi penerbitan teater dan dihidupkan dalam bentuk lakonan.
Pengarah pula akan menjelmakan skrip dengan bantuan pelakon dan props yang
dijelmakan di atas set pentas.Manakala makna yang tersirat dalam sebuah skrip persembahan drama tidak dapat divisualkan melainkan melalui penghayatan dari pentas lakonan. Pengarah – bukan – pengarang perlu menjiwai teks bagi menghasilkan sebuah lakonan yang tepat seperti yang dihasratkan oleh pengarang.
![]() |
| pentas eksperimen |
![]() |
| pentas proscenium |
Pentas juga memaikan peranan penting misalnya jika teater dilakonkan dipanggung proscenium khalayak dengan mudah menanggapi maksud lakonan kerana ia mengarah kepada satu perspektif sahaja manakala jika dipentaskan dipanggung eksperimen, tempat duduk khalayak akan memberikan satu kesan ilusi dan perspektif berbeza.
Justeru itu, teks dan makna yang terdapat dalam drama Melayu moden perlu diamati bukan hanya dari sudut pembaca yang menilai dari skrip tetapi juga khalayak melalui pementasan.








.jpg)

