Saya bersetuju dengan pendapat Ramli Isin bahawasanya dalam mana-mana genre sastera yang terhasil seharusnya menyingkap tentang persekitaran kehidupan yang menjadi inti utama dalam penceritaan. Oleh itu karya yang terbit tidak boleh terkecuali dari mengemukakan perihal yang menjurus kepada nilai budaya suatu bangsa. Sungguhpun teknik penceritaanya sudah berbaur imaginasi, fantasi dan idea pengarang namun ini hanya untuk memenuhi pra syarat penulisan kreatif yang dinilai dari estetik.Di sini ingin saya petik beberapa perbincangan lalu yang dibicarakan dalam kelas terhadap aliran realisme magis dalam karya Ramlee Awang Murshid. Memang aliran ini sering menjadi landasan berkarya pengarang yang banyak wujud dalam novel-novel Melayu Mutakhir tetapi jelasnya dalam menilai sebuah teks itu bukan hanya secara eksplisit tetapi pembawaan sebenar yang cuba disampaikan oleh pengarang adalah terselit secara insplisit. Justeru itu, pada pandangan saya, jika kita menyimpulkan bahawa karya Ramlee Awang Murshid tidak menceriminkan budaya masyarakat dan lebih kepada fantasi atau magis adalah SALAH. Sedangkan Al-Quran diwahyukan kepada manusia juga tidak sampaikan secara terang-terangan teapi memerlukan kita memahami pengajaran yang terselit untuk membudayakan kehidupan manusia.
Masyarakat memiliki kesedaran bersama
terhadap persoalan dan permasalahan yang muncul dari world view yang dicitrakan
oleh pengarang dalam sebuah karya. Sebuah karya itu tercetus kerana fenomena persekitaran
sosial masyarakat.
Buktinya, fenomena Ombak Rindu yang menghukum citra wanita yang lemah sehingga meletakkan taraf wanita itu lebih rendah sehingga watak wanita yang diwujudkan sanggup menjadi mangsa tanpa pemberontakan. Perbincangan ini amat menarik minat saya dari istilah "Mangsa kepada Pemangsa" yang katakan oleh Dr Mas in term of "victims-victimes". Bagaimana mangsa boleh jatuh hati kepada pemangsa adakah kerana cinta atau semata-mata pasrah dengan hukuman kehidupan????
Kesimpulanya, pengisian karya yang berunsur ilmu pengetahuan akan mengajak manusia lebih manusiawi dan berbudaya kerana setiap karya itu tidak lepas dari mengungkapkan kebenaran walaupun ceritanya telah dimanupulasikan dengan bauran imaginasi. Oleh itu, penulis perlu jujur dalam melahirkan sebuah karya kerana di situlah para pembaca menilai perkembangan suatu bangsa.
Buktinya, fenomena Ombak Rindu yang menghukum citra wanita yang lemah sehingga meletakkan taraf wanita itu lebih rendah sehingga watak wanita yang diwujudkan sanggup menjadi mangsa tanpa pemberontakan. Perbincangan ini amat menarik minat saya dari istilah "Mangsa kepada Pemangsa" yang katakan oleh Dr Mas in term of "victims-victimes". Bagaimana mangsa boleh jatuh hati kepada pemangsa adakah kerana cinta atau semata-mata pasrah dengan hukuman kehidupan????Kesimpulanya, pengisian karya yang berunsur ilmu pengetahuan akan mengajak manusia lebih manusiawi dan berbudaya kerana setiap karya itu tidak lepas dari mengungkapkan kebenaran walaupun ceritanya telah dimanupulasikan dengan bauran imaginasi. Oleh itu, penulis perlu jujur dalam melahirkan sebuah karya kerana di situlah para pembaca menilai perkembangan suatu bangsa.
No comments:
Post a Comment