Wednesday, 2 October 2013

Umat Melayu Cerminan Islam

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatMelayucerminanIslam/Article


Umat Melayu Cerminan Islam


Apabila kita memperkatakan perihal bangsa Melayu seharusnya menjurus kepada orang Melayu yang berugama Islam. Menyebut saja perkataan Melayu tidak akan terpisah dari Islam. Seringkali kita diketengahkan dengan cerminan watak Melayu yang mengangkat imej Islam dalam kehidupan bermasyarakat.

Di sini saya ingin berkongsi mengenai konsep MIB yang menjadi falsafah kehidupan rakyat Brunei. MIB iaitu singkatan bagi Melayu, Islam dan Beraja. Konsep Melayu itu merangkumi tujuh puak jati yang berada di Negara Brunei Darussalam (NBD) iaitu Melayu Brunei, Melayu Tutong, Melayu Belait, Kedayan, Murut, Dusun dan Bisaya. Majoritinya penduduk NBD adalah masyarakat yang berbangsa Melayu tetapi tidak kesemuanya berugama Islam. Namun begitu, agama Islam adalah tunjang kehidupan yang menjadi perinsip masyarakat berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W, berpegang kepada Mazhab Shafie Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanakah umat Melayu itu menjadi cerminan kepada Islam???

Dari pengamatan saya menilai seseorang Melayu yang bercirikan Islam itu harus diteliti dari perlbagai aspek termasuk imej pakaian, cara bersosial, kehidupan dan pemakanan. Pertama, dari segi pakaian, membicarakan sahaja tentang cara pemakaian orang Melayu itu terus terlintas dalam pemikiran kita cara berpakaian bagi kaum wanita iaitu mengenakan Baju Kurung manakala kaum lelaki mengenakan pakaian Melayu. Akan tetapi apabila diselaraskan dengan Islam, cara berpakaian bagi kaum hawa seharusnya lengkap menutup aurat dan bertudung. Inilah yang membezakan kaum wanita berbangsa Melayu Islam daripada bangsa lain.

Pakaian muslimah Melayu yang lengkap menutup aurat


Dari segi bertingkahlaku, masyarakat Melayu yang menjadi cerminan Islam itu seharusnya memaparkan peribadi yang boleh dicontohi oleh generasi penerus iaitu menjaga tatasusila, bersopan santun dan "berawar galat". "Berawar galat" inilah yang memaparkan identiti Masyarakat Melayu Brunei yang sering dilabelkan sebagai calak Melayu iaitu masyarakat yang pemalu dan perihatin sehingga mewujudkan perpaduan tidak kira etnik dan agama. Walaupun terdapat tujuh puak jati dalam masyarakat Melayu Brunei tetapi kesemuanya menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian. ini termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei  1959 Bab 82a(ii), telah "Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi Negara"

Seterusnya dilihat dari segi adat resam. Adat resam orang Melayu Brunei itu mengamalkan adat memucang-mucang dari istilah Melayu iaitu bergotong-royong apabila menghadiri sesuatu majlis bagi mengeratkan ukuwah dan silaturahim. sungguhpun era globalisasi sekarang semakin menghakis adat resam Melayu lama tetapi prinsip Islam sama sekali tidak berubah, menjalinkan hubungan sesama umat itu sangat digalakkan terutama dalam hari-hari perayaan seperti menyambut Hari Raya, Majlis Perkahwinan dan sebagainya. 

Majlis kesyukuran dilakukan mengikut adat Melayu berhidang secara sederhana

Makanan yang dihidangkan mencirikan KeMelayuan dan halal



Mengeratkan tali silaturahim sesama saudara tidak kira yang jauh dan dekat

Justeru itu, saya simpulkan bahawa nilai jati diri individu itu sendirilah yang akan mencorak identiti Melayu dalam berbudaya dan mengamalkan pegangan Islam. Sungguhpun era globalisasi ini semakin kuat mempengaruhi dan cuba menghikis budaya Melayu tetapi nilai keIslaman yang sebati dalam diri individu itulah yang dapat menapis pengaruh luar yang berbaur negatif dari mencemari kehidupan masyarakat Melayu Islam.

No comments:

Post a Comment