Friday, 20 December 2013

Slide pembentangan: WORLDVIEW Islam dalam peradaban Ummah















Worldview Islam dalam Peradaban Ummah

Pendidikan awal anak-anak haruslah dari bayi dan ibu bapa yang bertanggungjawab mencorak keperibadian   mulia dalam jiwa mereka kerana tugas anak-anak meniru kelakuan penjaga mereka. 

SAKSIKAN:



Sunday, 15 December 2013

KONSEP TA'DIB: TERAS FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM



Krisis keruntuhan akhlak dilihat bagaikan satu fenomena yang tidak asing lagi. Badai modenisme yang menghambat dunia tanpa sempadan telah berjaya menyelinap masuk ke dalam rohani masyarakat. Hambatan ini telah menyerang jati diri, akhlak, maruah dan akidah terutama dikalangan remaja yang dilihat begitu ghairah mengejar duniawi.




SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?

Prof. Dr. Syed Muhmmad Naguib Al-Attas mengutarakan bahawa keruntuhan akhlak ini seharusnya di beri perhatian serius oleh warga pendidik. Keruntuhan adab adalah bermula dari masalah kekeliruan ilmu yang berpunca dari pengaruh kebudayaan barat terhadap worldview Islam. Tamadun barat yang berkembang selari dengan modenisasi telah berjaya menyuntik secara halus ke dalam bidang ilmu kemanusiaan seperti sejarah, psikologi, sastera dan ekonomi yang tanpa disedari bertentangan dengan nilai keIslaman menurut Shariat-Nya.

Konsep pendidikan moden bermatlamat melahirkan warganegara yang dapat menyumbangkan kepakaran untuk kepentingan sosio-ekonomi negara (human capital) lebih memfokuskan kepada duniawi dan kemewahan. TETAPI pendidikan Islam berhasrat untuk melahirkan insan adabi yang menunaikan tuntutan fardhu kifayah dan fardhu ain.

Islam mendidik manusia untuk mendisiplinkan diri dengan adab terutama kepada dirinya sendiri. Melalui didikan adab, individu itu dapat mengawal jasmani dan rohani malah menunaikan hak kepada keluarga dan masyarakat. Contohnya, Solat Fardhu lima waktu yang wajib ditunaikan adalah salah satu disiplin ilmu yang kita terlepas pandang. Allah mewajibkan solat untuk melatih umat manusia untuk menepati waktu, melakukan rukun solat dengan tertib adalah disiplin ilmu yang tidak ketara telah melatih dalam perbuatan, perkataan, akidah dan niat.



Selain itu, melahirkan insan Ta’dib (mulia) berpandukan kepada fahaman Al-Quran. Al-Quran adalah sumber ilmu yang menyempurnakan akhlak. Proses ini perlu dilakukan dari peringkat bayi lagi, ibu bapa harus menyemai keperibadian baik untuk dicontohi oleh pewaris mereka bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya.” Oleh itu, persiapan awal perlu dalam mencorak anak dengan ilmu pengenalan dan pengetahun yang ke duanya tidak lari dari pengajaran ilmu yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bagi kegunaan dunia dan akhirat.

Justeru itu, mendidik anak harusnya berterusan dan sentiasa peka akan sekeliling kerana generasi sekarang lahir dalam dunia teknologi tanpa sempadan. Remaja sentiasa leka akan kesenangan dunia, kehidupan modenisasi dan pengaruh teknologi telah berjaya menyesatkan akidah dan jati diri mereka. Melalui bimbingan agama yang kuat dan pantauan yang ketat dari pendidik yang menjamin kehidupan sempurna dunia dan akhirat.

Sunday, 1 December 2013

PANDANGAN ISLAM TERHADAP TRADISI DAN MODENISASI MENERUSI TELEFON BIMBIT


Pandangan Islam terhadap tradisi dan kemodenan telah mengalami evolusi yang sering dikaitkan dengan tradisi dan pengaruh teknologi. Analogi saya kali ini ingin membicarakan mengenai telefon bimbit

Tradisi:


Moden:
Masyarakat beralih kepada teknologi. Konsep menziarahi tidak lagi diamalkan. Perhubungan jauh dekat dilakukan melalui pesanan ringkas atau telefon. Telefon bimbit adalah satu alat yang amat penting dalam kehidupan moden sekarang. Sungguhpun begitu ia membawa dua impak dalam kehidupan:

Kebaikannya:
1.    Telefon bimbit boleh mengeratkan silaturahim sesama keluarga yang jauh mahupun dekat.
2.   Jimat waktu, jika ada masalah atau tidak dapat mengahdiri majlis hanya dengan pesanan ringkas dapat memaklumkan kepada orang yang ditujukan.
3.   Boleh mengisi kekosongan waktu dengan melayari internet.
4.   Jaringan internet dan pelbagai aplikasi membuatkan pengguna memperolehi banyak sumber ilmu pengetahuan.
5.   Ibu bapa dapat mengawasi keberadaan anak mereka sebagai langkah berjaga-jaga.
6.   Banyak kenalan.


Keburukannya:
1.    Menjadikan telefon bimbit alat pengganti diri, kurang kemesraan, bercakapan hanya melalui telefon bimbit.
2.   Pengguna akan menjadikan telefon sebagai alas an untuk tidak bermenepati janji, dengan mudah pengguna akan menukar atur perjanjian sesuka hati.
3.   Tanpa kawalan, ia boleh melalaikan sehingga lupa suruhan Allah.
4.   Jaringan internet yang boleh memanipulasi data dan sumber yang tidak tepat. Malah boleh merbahayakan pengguna jika aplikasi yang dimuat turun mengandungi virus sehingga mendedahkan jaringan pornografi yang merosakkan akidah.
5.   Boleh mengolah kata-kata untuk menipu daya ibu-bapa.
6.   Ditipu, diperkosa dan ditinggalkan atau dibunuh.
7. Tertipu dengan hadiah lumayan berupa wang.





Hakikatnya teknologi itu adalah pembahuran yang di bawa dalam era modenisasi yang tidak dapat dielakkan. Teknologi boleh membawa kepada kebaikkan tetapi realitinya di dunia ini tidak ada yang sempurna begitu juga telefon bimbit juga membawa kepada keburukkan jika tidak digunakan sebaiknya. Islam tidak melarang sesuatu yang membawa kebaikkan dan kemudahan dalam kehidupan tetapi hendaklah selayaknya ia digunakan secara berpada-pada dan tidak menyelewengkan akidah. Kemajuan telefon bimbit dilihat bukan hanya sebagai kawalan sosial dan kemudahan semata tetapi juga harus dititik beratkan dalam penggunaannya jangan sampai ia berubah jadi fatal.