Pandangan Islam terhadap
tradisi dan kemodenan telah mengalami evolusi yang sering dikaitkan dengan tradisi
dan pengaruh teknologi. Analogi saya kali ini ingin membicarakan mengenai telefon
bimbit
Tradisi:
Masyarakat tradisi sering
berhubung dan bersosial sesama mereka dengan berkumpul dan menziarahi jiran
tetangga. Cara mengeratkan silaturahim masyarakat dahulu dengan cara berlipur
lara setelah penat seharian bekerja. Melalui lisan sebagai satu cara yang
paling berkesan dalam menjalinkan ikatan harmoni. Manakala Surat adalah inisiatif
lain yang digunakan suatu ketika dahulu untuk berhubung dengan saudara yang jauh.
Moden:
Masyarakat beralih kepada
teknologi. Konsep menziarahi tidak lagi diamalkan. Perhubungan jauh dekat
dilakukan melalui pesanan ringkas atau telefon. Telefon bimbit adalah satu alat
yang amat penting dalam kehidupan moden sekarang. Sungguhpun begitu ia membawa
dua impak dalam kehidupan:
Kebaikannya:
1.
Telefon bimbit boleh mengeratkan silaturahim sesama keluarga
yang jauh mahupun dekat.
2.
Jimat waktu, jika ada masalah atau tidak dapat mengahdiri majlis
hanya dengan pesanan ringkas dapat memaklumkan kepada orang yang ditujukan.
3.
Boleh mengisi kekosongan waktu dengan melayari internet.
4.
Jaringan internet dan pelbagai aplikasi membuatkan pengguna
memperolehi banyak sumber ilmu pengetahuan.
5.
Ibu bapa dapat mengawasi keberadaan anak mereka sebagai langkah
berjaga-jaga.
6.
Banyak kenalan.
Keburukannya:
1.
Menjadikan telefon bimbit alat pengganti diri, kurang kemesraan,
bercakapan hanya melalui telefon bimbit.
2.
Pengguna akan menjadikan telefon sebagai alas an untuk tidak
bermenepati janji, dengan mudah pengguna akan menukar atur perjanjian sesuka
hati.
3.
Tanpa kawalan, ia boleh melalaikan sehingga lupa suruhan Allah.
4.
Jaringan internet yang boleh memanipulasi data dan sumber yang
tidak tepat. Malah boleh merbahayakan pengguna jika aplikasi yang dimuat turun
mengandungi virus sehingga mendedahkan jaringan pornografi yang merosakkan
akidah.
5.
Boleh mengolah kata-kata untuk menipu daya ibu-bapa.
6.
Ditipu, diperkosa dan ditinggalkan atau dibunuh.
7. Tertipu dengan hadiah lumayan berupa wang.
Hakikatnya teknologi itu
adalah pembahuran yang di bawa dalam era modenisasi yang tidak dapat dielakkan.
Teknologi boleh membawa kepada kebaikkan tetapi realitinya di dunia ini tidak
ada yang sempurna begitu juga telefon bimbit juga membawa kepada keburukkan
jika tidak digunakan sebaiknya. Islam tidak melarang sesuatu yang membawa
kebaikkan dan kemudahan dalam kehidupan tetapi hendaklah selayaknya ia
digunakan secara berpada-pada dan tidak menyelewengkan akidah. Kemajuan telefon
bimbit dilihat bukan hanya sebagai kawalan sosial dan kemudahan semata tetapi
juga harus dititik beratkan dalam penggunaannya jangan sampai ia berubah jadi
fatal.






No comments:
Post a Comment