BAGAIMANAKAH Pandangan Islam Terhadap
Tradisi dan Kemodenan???
Tradisi sering dikaitkan dengan Al-Turath
tetapi perkataan ini tidak boleh disama ertikan memandangankan tradisi itu memberi
konotasi tentang amalan, doktrin, peribadatan dan adat kebiasaan yang diwariskan
dari satu generasi ke satu generasi tetapi Al-Turath adalah rakaman tentang
kehidupan Islam yang difahami dan dilaksanakan sejak generasi awal Islam.
Jelaslah,
tradisi dan Al-Turath itu menekankan satu pegangan yang menyentuh perihal tentang
kehidupan manusia sejak awal lagi tetapi tradisi itu lebih kepada amalan dan
kepercayaan mitos manakala Al-Turath adalah pengajaran tentang kehidupan manusia
yang membimbing manusia dalam melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan.
Islam
memandang pegangan manusia terhadap Al-Turath masih rendah kerana kemasukkan
pemikiran modenisasi itu mengekang pemikiran tradisi sehingga meyingkirkan hukum-hukum
Allah secara tidak lansung. Kedatangan Islam membawa pencerahan kepada
kehidupan manusia. Islam tidak datang secara peringkat dari kegelapan, pencerahan
dan kemodenan TETAPI Islam itu wujud tanpa perlu disangkal dan memang sempurna
sejak azali lagi. Islam membawa pelbagai Ilmu yang mutlak kerana agama Islam
adalah agama yang diwahyukan Allah bukan seperti ilmu manusia yang bersifat relatif. Islam agama yang menekankan Ilmu yang
mewajibkan manusia menuntut ilmu tidak kira status kehidupan berbanding
kehidupan manusia tradisi dahulu yang diibaratkan manusia kuno yang tidak berilmu
sehingga masuk agama hindu yang hanya menekankan kepada golongan bangsawan
sahaja.
Modeniti
adalah satu fasa yang dibawa oleh barat yang mementingkan sains dan teknologi
yang menjadi sebahagian kehidupan masyarakat yang tidak akan terpisah sehingga
bawaan tradisi terhapus dan pegangan agama mula kendur kerana manusia melihat
modeniti itu adalah ilmu yang membawa kepada kemajuan. Sebaliknya menyinkirkan Islam
kerana melihat kemajuan material itu tidak diukur dalam Islam. Umat Islam
terlalu obsess mengejar modenisasi sehingga kebergantungan itu menjadi
sebahagian budaya kehidupan. Falsafah Islam itu memastikan manusia berada
dilandasan yang lurus berpandukan kepada hukum Allah yang sentiasa tepat tetapi
kehadiran barat telah mencermari pemikiran manusia dengan modeniti yang
menjanjikan kemewahan dunia sehingga melewati batas-batas kehidupan.
Justeru
itu, Islam hadir untuk mengubah kehidupan tradisi berlandaskan hukum-hukum
Allah tetapi kehadiran modeniti telah membawa pembaharuan sebaliknya. Oleh itu
kehidupan manusia itu perlulah diukur sebaik mungkin dan perubahan ini
bergantung sepenuhnya kepada pegangan individu itu sendiri dalam memastikan
jalan kehidupan yang mereka inginkan.
No comments:
Post a Comment