Tuesday, 22 October 2013

TEKS DAN MAKNA DALAM DRAMA MELAYU MODEN


Manusia dan sastera tidak akan terpisah, keduannya saling bergabung dalam teks untuk membentuk ekspresi yang menunjang kepada cerminan budaya. Namun begitu tidak semua teks bertolak kepada cerminan budaya semata-mata malah  begitu juga sebaliknya. Walhal sastera itu tercipta hasil dari pengaruh persekitaran yang mendesak seorang karyawan itu menghasilkan karya. 


Sebuah teks itu boleh diinterpretasikan berdasarkan aliran dan pemikiran yang dianuti oleh karyawan itu. Teks dalam genre drama muncul dalam bentuk skrip. Skrip inilah yang melahirkan rasa dan makna yang disampaikan oleh dramatis menerusi penerbitan teater dan dihidupkan dalam bentuk lakonan. Pengarah pula akan menjelmakan skrip dengan bantuan pelakon dan props yang dijelmakan di atas set pentas.

Manakala makna yang tersirat dalam sebuah skrip persembahan drama tidak dapat divisualkan melainkan melalui penghayatan dari pentas lakonan. Pengarah – bukan – pengarang perlu menjiwai teks bagi menghasilkan sebuah lakonan yang tepat seperti yang dihasratkan oleh pengarang.

pentas eksperimen
Proses pementasan memerlukan pembaca mentafsir apa yang tersurat dalam teks supaya apabila ia dipentaskan khalayak dapat mentafsir sesuatu yang cuba dihidupkan oleh pengarah. Akan tetapi jika drama yang dipentaskan gagal menanggapi maksud yang tersirat maka makna teks tersebut boleh diselewengkan.



pentas proscenium

Pentas juga memaikan peranan penting misalnya jika teater dilakonkan dipanggung proscenium khalayak dengan mudah menanggapi maksud lakonan kerana ia mengarah kepada satu perspektif sahaja manakala jika dipentaskan dipanggung eksperimen, tempat duduk khalayak akan memberikan satu kesan ilusi dan perspektif berbeza.  




Justeru itu, teks dan makna yang terdapat dalam drama Melayu moden perlu diamati bukan hanya dari sudut pembaca yang menilai dari skrip tetapi juga khalayak melalui pementasan. 

No comments:

Post a Comment