Sistem 'barter trade' mengikat ketamadunan Melayu dan ketamadunan Islam
Menurut pendapat saya memperkatakan mengenai ketamadunan Melayu
sebagai ketamadunan Islam itu adalah berawal dari kemasukan Islam ke Alam
Melayu. Islam wujud di Alam Melayu melalui penyebaran dakwah yang dibawa oleh
para mubaliqh Islam yang berdagang dari Arab Parsi kemudian menyebar luas ke
pelusuk Nusantara melalui Jalan Sutera. Sistem 'barter trade' inilah yang menjadi pengikat di antara penyebaran Islam dan masyarakat di Alam Melayu.
Sistem 'barter trade' amat penting dalam
dunia perdagangan terutama kepada kerajaan-kerajaan sepanjang 'Jalan Sutera'.
Mereka bukan hanya menawarkan bahan dagangan tetapi juga bertujuan untuk menyebarkan
dakwah kepada masyarakat di Nusantara. Muncul beberapa kerajaan besar yang
memainkan peranan penting dalam perdagangan termasuk Melaka yang menjadi
pusat penyebaran agama Islam.
Masyarakat Kepulauan Melayu awal yang wujud di Nusantara itu berpegang kepada kepercayaan animisme yang dipengaruhi dengan
amalan agama Hindu Buddha. Kewujudan konsep “Daulat” yang mengangkat golongan
bangsawan sebagai penjelmaan dewa-dewa telah mengikat taat setia rakyat tetapi
revolusi baru mula muncul apabila gelombang Islam meresap dan diterima pakai
oleh masyarakat Nusantara.
Penyebaran dakwah Islam itu masuk dan meresap sebati
dalam diri masyarakat Melayu lebih cepat memandangkan Islam itu agama yang menganjur
umatnya untuk menuntut ilmu tidak kira bangsa dan pangkat berbeza pula sewaktu penyebaran
agama Hindu-Buddha dahulu. Penyebaran ilmu itu dititik beratkan berdasarkan “kasta” kehidupan yang
mendahulukan golongan bangsawan berbanding rakyat jelata sehingga masyarakat
bawahan tidak diberikan peluang untuk menuntut ilmu dan masih mengamalkan
kepercayaan lama.
Saya bersetuju dengan pendapat S.M.Zakir bahawa proses Islamisasi itulah yang melahirkan konsep Melayu, ini terbukti apabila penyebaran Islam semakin mantap di Nusantara telah wujud pula kebudayaan Melayu dan bahasa Melayu yang selari dengan penyebaran dakwah Islam. dari sini telah muncul beberapa tokoh pemikir ilmuan Islam seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Al-Singkil dan sebagainya.
Oleh itu, saya menyimpulkan bahawa perkembangan pesat ajaran Islam di Nusantara telah membentuk masyarakat Melayu kearah ketamadunan bangsa. Ini amat ketara melalui kemantapan ekonomi hasil perdagangan yang berjaya membina kerajaan yang berpegangan kuat kepada prinsip Islam.
.jpg)
No comments:
Post a Comment